Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Bangi
Viewing all 908 articles
Browse latest View live

Promosi Set Hamil Shaklee

$
0
0
Promosi Set Hamil Shaklee
Promosi Set Hamil Shaklee

“During one’s pregnancy, the baby is similar to a parasite, and will take all the nutrients that she requires from the mother.

If the diet of the pregnant mom is sufficient for both, it should not cause any problems.

Otherwise, it will take longer for the mother to recover after giving birth, and she may remain weak for a very long time, especially if she does not eat well during her confinement period.

This is why the elderly always make so much fuss out of having healthy diet during the confinement period.” 
- Confinement Care Malaysia
Baca : Testimoni Set Hamil Shaklee

Bolehkah Kita Berniat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan?

$
0
0
Bolehkah Kita Berniat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan?
Bolehkah Kita Berniat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan?
Alhamdulillah, hari ini adalah hari ke 4 kita berpuasa di bulan Ramadan. Teringat kembali pada hari pertama berpuasa, malam sebelum itu Amir bantu anak-anak bacakan niat berpuasa dengan 2 versi. Versi pertama adalah niat untuk 1 bulan. Versi kedua pula adalah untuk setiap hari.

Tertanya-tanya la juga, bolehkah kita berniat puasa sebulan di bulan Ramadan ni? Rasanya macam boleh sebab siap ada bacaan niatnya yang orang share.

Untuk kepastian, Amir dapatkan jawapan dari website Mufti Wilayah Persekutuan.

Ini jawapannya;

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda ﷺ.

Niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu. Ini kerana berpuasa itu adalah satu ibadah (ibadah mahdhoh) dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat. Firman Allah ﷻ:
وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”.
(Al-Bayyinah: 5)

Begitu juga dengan sabda Nabi ﷺ:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
Maksudnya: Hanyasanya perbuatan-perbuatan itu dengan niat
Riwayat Al-Bukhari (1)

Syarat-Syarat Niat

Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ianya dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah:

1. Al-Jazm (الجزم): yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu.

2. Al-Ta’yiin (التعيين): iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.

3. Al-Tabyiit (التبييت): menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi ﷺ riwayat Hafsah R.Anha:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).

Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.

Adakah perlu memperbaharui niat pada setiap malam atau berpada dengan niat 30 hari sekaligus dipermulaan niat?

Ini merupakan antara permasalahan yang sering timbul dikalangan masyarakat Islam dan menurut pembacaan kami, para ulama’ telah terbahagi kepada dua pendapat di dalam permasalahan ini:

Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat. Ianya sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain. Begitu juga pendapat mereka bagi puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.

Kedua: Tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam. Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Ini kerana, puasa itu setiap harinya adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak. Tidak seperti solat yang mana sekiranya batal di rakaat pertama, maka batallah keseluruhan solat itu.

Tarjih
Berdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. Adapun pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka kami katakan tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.

Wallahu a’lam.

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

4 Tips Cepat Sembuh Bersalin Secara Pembedahan

$
0
0
4 Tips Cepat Sembuh Bersalin Secara Pembedahan
4 Tips Cepat Sembuh Bersalin Secara Pembedahan

1. Banyakkan berehat

Bersalin secara pembedahan ialah sama seperti pembedahan besar lain, yang mana badan kita perlu masa untuk sembuh.

Berikan badan kita sehingga 6 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Cubalah tidur setiap kali bayi tidur. Mintalah bantuan pasangan / penjaga pantang untuk menukar lampin bayi dan selesaikan kerja rumah supaya kita boleh berbaring apabila kita ada masa. Dapat rehat beberapa minit sekejap-sekejap sepanjang hari dapat membantu.

Baca : Testimoni Set Bersalin

2. Manjakan diri

Berhati-hati apabila bergerak. Elakkan naik dan turun tangga sebanyak yang boleh. Letakkan semua yang kita perlukan berdekatan dengan kita, contohnya lampin bayi dan bekalan makanan, jadi kita tidak perlu bangun terlalu kerap.

Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi kita. Minta pertolongan dari pasangan / penjaga pantang. Setiap kali bersin atau batuk, pegang perut untuk melindungi tempat luka.

Elakkan senaman berat, tetapi berjalanlah dengan perlahan sekerap yang boleh. Pergerakan akan membantu badan sembuh dan mencegah sembelit dan pembekuan darah. Berjalan kaki adalah kaedah terbaik untuk memperkenalkan bayi anda kepada dunia 🙂

Jangan lupakan kesihatan emosi. Sekiranya kita merasa letih, sedih, atau kecewa, jangan abaikan. Bercakaplah tentang ini kepada sahabat baik / pasangan / doktor yang merawat / kaunselor.

Baca : Set Bersalin Shaklee

3. Legakan kesakitan

Tanya doktor yang merawat kita apa ubat sakit yang boleh kita ambil, terutamanya jika menyusu.

Bergantung pada tahap ketidakselesaan kita, doktor mungkin akan memberi ubat penahan sakit atau menasihati kita untuk mengambil ubat sakit yang tidak diingini seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau acetaminophen (Tylenol).

Sebagai tambahan kepada ubat sakit, boleh juga gunakan tungku untuk menghilangkan rasa tidak selesa di tempat pembedahan.

Baca : Bagaimana Nak Bersalin Sewaktu PKP ni?

4. Nutrisi dan pemakanan yang baik

Pemakanan yang baik ketika hamil sama pentingnya selepas kita melahirkan. Sekiranya kita menyusu, kita masih menjadi sumber pemakanan utama bayi kita. Makanlah pelbagai makanan untuk memastikan bayi sihat dan membantu kita menjadi lebih kuat.

Minumlah banyak air. Ibu menyusu memerlukan cecair yang lebih untuk meningkatkan bekalan susu ibu, dan untuk mengelakkan sembelit.

Baca : Set Bersalin Shaklee Sesuai Untuk Siapa?


Apakah hukumnya mengorek hidung ketika berpuasa?

$
0
0
Rasanya soalan ini setiap kali puasa, mesti ada yang bertanya walaupun nampak soalan ni macam "bodo" jer kata Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz cakap, "Tak mengapa nak tanya soalan "bodo" ni sebab dia tak tahu. Lepas ni dia cerdik la bila dah tahu. Itu lagi bahaya kalau dia tak tahu dan tak bertanya, sampai mati nanti dia tak tahu apa hukumnya korek hidung ni"

Jadi, apakah hukumnya korek hidung ni?

Ustaz : "Hukumnya haram kalau kita pergi korek hidung orang lain. Kalau korek hidung sendiri, hukumnya makruh kalau dengan sengaja tanpa ada sebab. Jika gatal hidung, tak mengapa nak korek kerana ia bersebab"

So, tiada istilah batal atau buka puasa dengan korek hidung yer kawan-kawan.

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=kt9TtEje2ng

Promosi Set Hamil Shaklee

$
0
0
Promosi Set Hamil Shaklee

Shaklee announce Prenatal Set dilanjutkan bulan ni! Fuh lega!!

Dapatlah enjoy dengan harga promo lagi. Yeay!

Alhamdulillah.

Ibu-ibu yang NAK pregnant, dan SEDANG pregnant, Nad sangat recommend set ni :)
Nutrisi lengkap untuk anda. InshaAllah.

https://nadiahsuhaidi.wasap.my

Promosi Set Hamil Shaklee
Testimoni Set Hamil Shaklee : Berat naik terkawal, tak sembelit dan tak kejang kaki. Result HB pun maintain.

Promosi Set Hamil Shaklee
Testimoni Set Hamil Shaklee : HB cantik, kulit makin cerah, kejang otot tiada. Membuang pun senang.

Promosi Set Hamil Shaklee
Testimoni Set Hamil Shaklee : Badan bertenaga dan tiada cramp kaki pada waktu malam.
Hubungi Nad untuk info lanjut yer :)
https://nadiahsuhaidi.wasap.my

Pengalaman Kulit Melecur Terkena Api Kembali Pulih Dengan Supplement Shaklee

$
0
0
Pengalaman Kulit Melecur Terkena Api Kembali Pulih Dengan Supplement Shaklee
Pengalaman Kulit Melecur Terkena Api Kembali Pulih Dengan Supplement Shaklee

Bagusnya Facebook ni sebab dia rekod apa yang kita kongsikan #memories lama kita, tak kira happy atau sebaliknya. Dan pada hari ini, naik semula kisah #terbakar Amir yang kalau boleh nak dilupakan. Haha

Tapi apa yang berlaku, sudah pasti ada iktibarnya kerana Allah jadikan sesuatu itu ada maknanya. Apa yang Amir belajar dari peristiwa ini ada 2 benda;

1. Jangan sesekali bermain api even nak bakar sampah sekali pun.
2. Allah tunjukkan #ShakleeEffect yang paling ketara disaat orang sibuk nak sambut Raya. Yes! Amir kena ni masa hari ke 4 Ramadan dan waktu tu wife tengah dalam pantang anak ke 3.

Syukur sewaktu kejadian berlaku, adik lelaki Amir ada di rumah. Dialah yang bawa Amir ke hospital KPJ Kajang untuk rawatan susulan. Terpaksa tahan di wad selama 1 hari sahaja kerana luka tidak serius.
Berkongsi perngalaman sendiri dengan tetamu yang hadir di seminar Shaklee Health & Wellness Talk

Sewaktu kejadian, Amir tak fikir panjang bila terkena api tu. Naik ke bilik tidur utama, waktu tu wife tengah berurut pantang. Bagitau muka terkena api. Wife ambil Basic H dan sapu pada tempat yang melecur untuk kurangkan rasa pedih.

Alhamdulillah, kulit tidak menggelembung dan tiada parut.
Balik dari hospital, doktor hanya berikan ubat sapu luka dan ubat makan tahan sakit sahaja. Pesan doktor, jaga luka tersebut supaya tidak terkena jangkitan kuman.

Ikhtiar Amir sewaktu "berpantang" tu adalah mengambil supplement Shaklee supaya dapat kembalikan semula wajah sebab lagi 3 minggu nak raya. Waktu tu, keluar mana-mana memang pakai mask sebab malu nak tunjuk muka melecur. Kang orang tanya macam-macam la pula.

Rupa selepas 3 hari terbakar

Ada yang bertanya, apakah supplement yang Amir makan dalam tempoh tu;

1. Ambil 4 biji #VitaminC. Vitamin C ini bagus untuk tingkatkan sistem imun badan. Nak elakkan dari jangkitan kuman.

2. Ambil 2 biji #VitaminE untuk membantu memulihkan sel-sel kulit yang telah mati. Kulit mengambil masa 20-28 hari untuk tumbuh semula.

3) Ambil 4-6 biji #Ostematrix. Ia bukan semata-mata ada kalsium sahaja. Tapi ada 7 bahan lain yang membantu melegakan rasa sakit dan pedih.

4) Ambil 2 sachet #Collagen Powder. Ramai yang tahu kan? Kolagen ini penting untuk memberi keanjalan dan kelembapan pada kulit kita. Sewaktu recovery ini, ia sangat diperlukan untuk percepatkan proses penyembuhan.

5) Ambil 2-3 biji #Zinc Complex (Sekarang nama Zinc Plus). Zinc ini sangat bagus untuk kerana ia membantu mempercepatkan sel-sel untuk tumbuh semula.

6) Ambil 5-10 biji #Alfalfa bagi mengawal kegatalan pada kawasan yang melecur. Yes! tempat-tempat ini rasa sangat gatal dan jer menggaru.

7) Minum #ESP dan #PerformanceDrink bagi memberi energy pada badan. Waktu ni, selera makan tak berapa nak ada sangat tapi tetap berpuasa macam biasa. 1 hari jer terpaksa qada puasa iaitu waktu kejadian. Yang lain semuanya puasa macam biasa.

Rupa selepas 21 hari. Kulit dah 90% kembali pulih.

Alhamdulillah, selepas konsisten ambil semua supplement ini. Allah berikan semula wajah Amir seperti tiada apa-apa kecederaan pun. Malah ada yang cakap, kulit muka makin flawless waktu tu.
Pengajaran yang paling besar Amir dapat dari peristiwa ini ialah jangan bermain api, nanti kelak terbakar diri sendiri.

Dan kalau nak muka flawless, tak payah la pi bakar muka.
Ambil sahaja supplement dari sumber semulajadi dan terbukti berkesan.

#MAM

Doa Pembuka Rezeki

$
0
0

Jum sama-sama kita amalkan doa ini kawan-kawan. Sebelum memulakan doa, pastikan ada sedikit tambahan ayat “Ya Allah ampuni aku, maafkan aku, terima taubatku.”

Kita selalu diingatkan, jika mahukan berdoa, masukkan sekali agar segala dosa kita diampuni. Kita ini banyak dosa sana sini, sedar tak sedar, ada sahaja sebab kita ini manusia.

Mohon banyak-banyak supaya Allah ampunkan.

Kemudian sambung doa pembuka rezeki ini. Amalkan hari-hari ya. Jom bismillah.

Info Produk : GLA Complex

$
0
0
Info Produk : GLA Complex
Info Produk : GLA Complex

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. GLA Complex ini diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi, tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Ia diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan. Malah ia juga membantu wanita mengekalkan kesejahteraan menyeluruh pada setiap peringkat usia.

Info Produk : GLA Complex

Jika anda mahukan keselesaan dan kesejahteraan menyeluruh setiap bulan, GLA (Asid Linolenik Gamma) adalah jawapan yang anda cari. GLA adalah asid lemak penting Omega-6 yang mengawal-atur pelbagai proses tubuh. Malah, ia amat bermanfaat untuk setiap wanita di semua peringkat umur.*

Saranan penggunaan:
Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 softgel dua kali sehari selepas makan.

Info Produk : GLA Complex

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen.

Berjumpa CEO Shaklee

$
0
0
Alhamdulillah, kami terpilih untuk bersemuka dengan CEO #Shaklee, Mr Roger Barnett dalam sesi Zoom bersama hampir 100 orang yang #terpilih.

Tak sangka juga kami terpilih sebab ada lebih 100 ribu orang agen Shaklee di seluruh Malaysia, dan kami salah seorang daripadanya. Tak sabar nak berkongsi dengan team kami apa yang dapat nanti.

Berjumpa CEO Shaklee
Meet Roger Barnett on Zoom. Hanya 100 orang sahaja yang layak.

Berjumpa CEO Shaklee
Tak sangka, nama kami pun tercalon juga. Alhamdulillah


Follow Apa Yang Orang Berjaya Dah Buat

$
0
0
Follow Apa Yang Orang Berjaya Dah Buat
Follow Apa Yang Orang Berjaya Dah Buat
“Follow Apa Yang Orang Berjaya Dah Buat”

Upline kita, leader kita. Dalam Shaklee merekalah benchmark kita.

Sebab apa?

Kerana mereka telah melalui jalan yang sebelumnya tidak dilalui oleh orang lain dalam membina organisasinya.

Leader, dia tidak akan tunjuk susah payahnya, duka dan sengsara yang ditempuh dalam membuka jalan-jalan kejayaan yang lebih mudah buat ahli-ahli teamnya.

Dalam team kita, jalan menuju kejayaan untuk bisnes Shaklee ni, saya dan suami telah bina laluannya, kemudian diperkemas oleh setiap leader-leader generasi seterusnya bagi memastikan laluannya semakin mudah, selamat untuk dilalui.

Follow rapat-rapat leader kita, supaya kita tidak tertinggal apa pun tips, cara, ilmu, guide, doa, amalan yang akan dikongsi oleh mereka yang telah terbukti berjaya.

Selamat Pagi Semua!

Beriadah di Canal Park, Alam Sari

$
0
0
Beriadah di Canal Park, Alam Sari

Pagi semalam pergi Canal Park kat rumah kami ni. 

Biasanya banyak urusan di luar rumah, #EncikGajah yang uruskan. Sesekali Nad dapat keluar ambik angin atau jalan-jalan naik kereta, dah rasa best dah dari mengadap fon, laptop, dan tak keluar rumah. 

Beriadah di Canal Park, Alam Sari

Beriadah di Canal Park, Alam Sari
 

Kalau dapat bawa shopping pun best 😝 Tengoklah tu beria Ziyad Ziyani exercise. 

Ziyani bukan main lagi bangun dan mandi awal siap pakai baju Family Day school dia siap bubuh pin besau kat rambut 😆

Cikgu Hazrin, Pemergiannya Tiada Pengganti

$
0
0

Cikgu Hazrin, Pemergiannya Tiada Pengganti
Cikgu Hazrin, Pemergiannya Tiada Pengganti
 

Sayu. 

Cikgu kelas Zahin menghembuskan nafas terakhir di pagi Jumaat dan Iduladha. Kami kenali beliau sebagai seorang guru yang berdedikasi. 

Awal tahun pergi kelas hias kelas, baiki apa yang patut dengan anak beliau. Sangat disenangi dan disayangi oleh para pelajar. Tegas bertempat. 

Dalam kelas online siap suruh students breakfast kalau belum breakfast lagi. Husnul khatimah buat Cikgu Hazrin bin Ahmad. 

 Tambah sayu bila dapat tahu beliau anak kawan Mak Mentua Nad yang sangat baik orangnya. Moga arwah diampunkan dosa-dosa dan ditempatkan bersama orang beriman. Aameen.

Zoom bersama Roger Barnett, CEO Shaklee

$
0
0

Zoom bersama Roger Barnett, CEO Shaklee
Zoom bersama Roger Barnett, CEO Shaklee. Ada 125 orang yang hadir semasa sesi ini.
 

"Abi, orang ni cakap english. Dia duduk mana?" bertanya si Ziyad bila lihat kami berZoom dengan Mr Roger Barnett.

"Inilah owner Shaklee. Dia duduk di Amerika" 

"Ehhh..Amerika kan banyak orang mati." Laju dia cakap, nasib baik mic tak on. Hehe 

"Haha, ni tak mati la. Sihat lagi sebab tak kena Covid" 

Zoom bersama Roger Barnett, CEO Shaklee
Ziyad pun kusyuk juga dengar Abam Roger bercakap
 

"Owhhh.. Ziyad nak dengar la dia cakap""Ziyad faham ke dia cakap apa?" bertanya la juga sebab dia nak menyelit kat tengah. 

"Faham" Teruja sangat tengok orang putih cakap direct depan dia termasuk la dengan Abi Ummi ni. Hehe

Happy Birthday Nadiah Suhaidi

$
0
0

 

Happy Birthday Nadiah Suhaidi
Happy Birthday Nadiah Suhaidi

Adhoc punya planning. Pakat dengan Fadhilahtul Izzaty, Hatima Suhaidi dan Zarin Suhaidi untuk buat surprise. #TripleZ pun memberi kerjasama yang baik dengan menyimpan rahsia ni. 

Secara jujurnya, ni 1st time Amir nak sambut birthday wife dengan ada bunga-bunga dan chocolate ni. Walaupun usia sudah masuk 30 an, why not buat something yang comel gitu buat insan tersayang kan? Apa-apa pun, majlis malam tadi berjalan lancar dan dapat memberi 50% kejutan buat Nadiah Suhaidi. Hehe 

Kami semua ucapkan Selamat Hari Lahir buat Nadiah Suhaidi aka Ummi aka Nadxoxo. Semoga diberikan umur dan kesihatan yang baik serta berkat. Insyaallah.

Testimoni GLA Complex : Hamil Anak ke 3

$
0
0
Testimoni GLA Complex : Hamil Anak ke 3
Testimoni GLA Complex : Hamil Anak ke 3

"Saya pun pregnant anak ke 3 asbab GLA. Sekarang anak dah 1 tahun 10 bulan. Mula-mula ambil gla 1 biji sehari tak de kesan. Ambil 2 biji sehari, alhamdulillah jadi double line."
- Puan Arinie Ghazali
Baca : Info Produk GLA Complex

Nads Braces Journey Ends Today

$
0
0

 Nads Braces Journey Ends Today

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! 
Finally #NadsBracesJourney ends today!! 

🥺🥺 Actually its just 10 days from the last appointment 😂 Tapi Nad pergi jugak harini sebab tengok gigi semua dah ok. Taring kanan atas yang sangat tinggi sebelum ni dengan gigi bawah pun dah makin rapat which sebelum ni susah nak rapat! 

Tawakkal je tadi. Sekali doktor kata, ok boleh bukak! 🤩🤩🤩 

Nads Braces Journey Ends Today

Actually ada susah nak buka braket kat gigi last tadi. Rasa macam nak tercabut gigi 😂 Agak lama dan berkali-kali doktor cuba. Dia kata kalau tak dapat jugak kena inject supaya tak rasa sakit masa cabut. Alamak. Teruslah zikir dalam hati Ya Baari’ Ya Baari’ Ya Baari’ (Allah Yang Maha Mengurus). Dan akhirnya!! Tercabut jugak braket tu 🤧 

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur. 
Tak terkata dah! 
Jan 2018 - Aug 2020. Sengaja Nad pergi jugak bulan ni sebab its my birthday month ❤️ 

Any tips untuk orang baru buka braces? 😁

Boleh lihat video Nad disini selepas braces dibuka 


Zoom Meeting bersama Team OPE

$
0
0

 

Zoom bersama Team OPE

Nasib baik kelas Zoom malam ni dengan Team OPE habis ngam-ngam jam 9:30. Habis je kelas, Ziyani pun mai menempel, Zafiya pun nangis nak susu. Gitulah ibu menyusu bekerja dari rumah ni. Tapi sempat lagi selfie sebelum bagi susu 😜
Zafiya dah nangis nak susu

 

Youth Set - Untuk Kulit kering

$
0
0

 


1. Advanced Renewal Night Cream - Rich Krim malam ini diformulasi dengan shea butter dan jojoba menghidratkan kulit dengan mendalam serta melembutkan kulit. Alga Marin ditambah dengan anti oksida yang kaya dengan vitamin membantu mengecas dan membantu sel kulit semasa anda tidur, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah. 

2. Moisture Lock Day Cream menggunakan Teknologi Penghidratan Selular BARU untuk bertindak sebagai magnet kelembapan, menarik air ke lapisan luar kulit dan mengubahnya menjadi takungan untuk mengunci penghidratan. Pembelian set ini melayakkan anda untuk mendapat keahlian dan pengeposan secara Percuma.

Harga Youth Skincare

 Produk Info : Moisture Lock Day Cream

Koleksi Testimoni Youth Skincare


Viktoria Hi Tea @ Double Tree Hilton Melaka 2020

$
0
0

 

Viktoria Hi Tea @ Double Tree Hilton Melaka 2020
Bersama Team Maestro

 Lega dapat sampaikan ucapan terima kasih kepada para suami yang datang. 

Terharu, gembira, bangga bila lihat para suami support bisnes yang isteri buat. Sanggup datang dari jauh. Ada juga yang tak dapat datang, tapi tolong jagakan anak-anak di rumah. 

Thank you husbands, yang ada dalam majlis ataupun tidak, yang ada dalam gambar ataupun tidak, for supporting us through Shaklee business journey. Without your blessings and support, we can’t go far. 

Doakan kami isterimu. Dapat upgrade hidup keluarga kita dan keluarga-keluarga lain yang memerlukan kesihatan dan kewangan di luar sana. Dapat bahagi masa dengan baik antara tanggungjawab di rumah, tempat kerja, dan bisnes. 

Moga jadi asbab syurga kita semua. Aameen.

Viktoria Hi Tea @ Double Tree Hilton Melaka 2020
Bersama Para Suami Team Maestro

Viktoria Hi Tea @ Double Tree Hilton Melaka 2020
Muka keriangan selepas lama tidak bersua

Viktoria Hi Tea @ Double Tree Hilton Melaka 2020
Bersama Supervisor Kak Aishah dan Abg Lie

Viktoria Hi Tea @ Double Tree Hilton Melaka 2020
Bersama Supervisor Kak Fizah & Hasnan

Viktoria Hi Tea @ Double Tree Hilton Melaka 2020
Bersama Supervisor Kak Pia dan Abg Jaiz

Viktoria Hi Tea @ Double Tree Hilton Melaka 2020
Bersama bakal Coordinator Aeinna Musa dan Supervisor Syaza

Viktoria Hi Tea @ Double Tree Hilton Melaka 2020
Bersama Supervisor Kak Eina dan Sr Supervisor Wanie Aika



 

Koleksi Testimoni Herblax : Masalah Sembelit Selesai

$
0
0

 

Koleksi Testimoni Herblax : Masalah Sembelit Selesai

Salam Jumaat semua, nak share pengalaman sendiri. Saya ada masalah sembelit yang agak teruk. Kadang-kadang seminggu 2 kali baru "membuang". Itu pun agak susah. Alhamdulillah, selepas consume Herblax, tiada lagi masalah sembelit. Setiap pagi mudah nak membuang, badan pun rasa cergas jer :)

Koleksi Testimoni Herblax : Masalah Sembelit Selesai
Alhamdulillah, customer ambil Herblax untuk slimming. Tapi dia cakap Herblax membantu masalah buasir dia. Kalau nak membuang, senang jer. Baru 2 minggu dia ambil untuk percubaan, ini dia dah request nak lagi Herblax

Koleksi Testimoni Herblax : Masalah Sembelit Selesai
Salam, saya nak share sesuatu mengenai Lecithin, Alfalfa dan Herblax. Dahulunya, saya memang mengalami masalah sembelit dan kadang-kadang keluar darah ketika membuang air besar.
Walaupun saya minum banyak air, makan buah tapi tak jalan juga. Kepala jadi pening, dah 3 hari baru dapat ke tandas. Namun selepas saya mencuba Lecithin dan Alfalfa, saya dapat membuang air setiap hari. Sekarang ini pula, makan Herblax. Makin lawas jadinya walaupun ketika puasa ni. Berat pun makin kurang. Best sangat Shaklee ni!
Thanks to Nur Hazwani Nadiah kerana memperkenalkan Shaklee kepada saya.

Koleksi Testimoni Herblax : Masalah Sembelit Selesai
Salam semua, saya adalah pengguna Lecithin dan Herblax yang tegar. Saya kurus tapi masalah pembuangan jadi lancar. Saya jenis sembelit dan tidak pernah rasa nak membuang besar. Sebelum ini saya amalkan julap, selepas dah kenal Shaklee. Badan dah jadi normal.

Koleksi Testimoni Herblax : Masalah Sembelit Selesai
Saya nak share. Saya ni sesekali je ambil Herblax. Tapi bila ambil tu, rasa best sangat. Selalunya, memang membuang sekali setiap pagi. Tapi bila ambil Herblax, membuang lebih sekali dalam sehari.
3 biji Herblax dan proses membuang extra berlangsung selama 2-3 hari. Kadang-kadang makan banyak pun takpe, sebab nanti akan membuang juga. Badan terasa ringan.
Herblax memang best!

Produk Info : Herblax untuk Masalah Sembelit

Testimoni Herblax untuk Penghadaman

4 Sebab Kenapa Kentut Anda Busuk dan Cara Mengatasinya

Viewing all 908 articles
Browse latest View live