Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Bangi
Viewing all 908 articles
Browse latest View live

Ummie Shaklee Nad

$
0
0

 

Ummie Shaklee Nad

I call her “Ummie”.

Blazer putih, tudung biru, berpurdah itu. She’s the one yang bawa Nad dalam dunia bisnes Shaklee. 

Kecil molek. Totally tak sama macam semangatnya yang jitu — Melawan sakit. Melawan dugaan hidup. Menghadapi cabaran-cabaran bisnes. 

Otak power. Dia nampak apa yang orang lain tak nampak. 

Terima kasih untuk Viktoria. Terima kasih untuk event ini. 
Terima kasih untuk doa dan untuk segalanya.

Beli Produk Shaklee Secara Sah di Online

$
0
0
Akibat Beli Shaklee di Lazada
Akibat Beli Shaklee di Lazada

Alhamdulillah hari ini, sudah ramai mula berniaga online sebagai side income dan ada juga yang buat secara full time. Ada yang jadi agen dropship, jadi agen syarikat, ada yang jadi stokis dan sebagainya.

Cabaran besar agen jualan produk diantaranya ialah E-Commerce yang menyediakan platform yang mudah bagi peniaga kecil untuk mula berniaga. Tetapi kesan buruk terhadap agen jualan produk yang boleh Amir lihat sendiri ialah Perang Harga. Produk yang sama, tapi harga berlainan dari setiap peniaga di E-Commerce. 

 Gejala Perang Harga ini, menyebabkan ada peniaga terpaksa turunkan harga tidak munasabah tapi menjual produk yang rosak atau sudah expired. Yang rugi sudah pasti customer dan termasuk juga agen lain yang berniaga secara jujur. Benda ini banyak terjadi kepada ramai agen lain termasuk owner produk yang bertungkus lumus menghasilkan produk mereka, kemudian ada orang cuba beli secara pukal dan jual murah di E-Commerce. 

Sales yang besar, akan membawa komisen yang besar. Ini membuatkan segmen market untuk produk tersebut rosak teruk dan ada agen lain yang tak boleh cari makan kerana customer nak beli harga murah di E-Commerce. 

Dato' Alif Syukri juga pernah mengamuk bila dia tahu ada orang jual produk beliau dengan murah (bawah harga yang disyorkan) di E-Commerce ni. 

Bagaimana pula hukumnya dalam Islam? 

Ustaz Zaharuddin ada kongsikan yang Islam melarang kita merosakkan nilai market kerana kita telah membuatkan agen lain rugi dan dalam masa yang sama, mereka telah melanggar peraturan atau akta yang Syarikat keluarkan termasuklah menjual barang tidak berkualiti kepada customer (menipu).

Pesan Amir cuma satu jer. Nak beli produk Shaklee, beli lah terus dari agen Shaklee yang sah. Jika ada kerosakan pada barang atau tidak berkesan, customer boleh maklumkan pada agen dan pihak Shaklee juga.

Sijil HALAL Shaklee 2020

$
0
0
Since dah masuk tahun baru, Sijil HALAL Shaklee pun dah keluar yang baru. Shaklee sangat komited dengan kualiti dan kehalalan produknya :) 

 
Sijil HALAL Shaklee 2020
Sijil HALAL Shaklee 2020
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

 

Sijil HALAL Shaklee 2020
Sijil HALAL Shaklee 2020
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).



Jadi, anda tak perlu risau untuk menggunakan produk Shaklee.Gunakan tanpa was-was.

Hubungi kami:


Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enam fakta penting PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

$
0
0
Semalam, Kerajaan telah umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam 14 hingga 27 Oktober 2020. 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan Covid-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak. 

Berikut adalah enam ringkasan PKPB yang dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya:  
  1. Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. 
  2. Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. 
  3. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup. 
  4. Masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam turut ditutup, di samping semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, serta majlis perkahwinan dan pertunangan juga tidak dibenarkan. 
  5. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam turut tidak dibenarkan beroperasi. 
  6. Semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dan senarai prosedur operasi standard (SOP) lanjut dan terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat. 
Enam fakta penting PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
Enam fakta penting PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya


Ziyani Jumpa Dentist

$
0
0

Ziyani Jumpa Dentist
Ziyani Jumpa Dentist


"Abi, kenapa doktor tak tampal gigi depan?” 

“Tak perlu kata doktor, sebab itu gigi susu” 

“Susu dari lembu ke?”

“Bukan, itu hanya nama sahaja. Nanti bila gigi susu dah tanggal. Tumbuh gigi lain pula” 

“Tumbuh gigi kayu ke?”

Layan jer persoalan anak-anak kecil ni yang menghiburkan hidup kita :)

Berapa Income Shaklee Paling Banyak

$
0
0
Berapa Income Shaklee Paling Banyak
Berapa Income Shaklee Paling Banyak

Amir pernah dapat soalan dari customer. Berapa income paling banyak pernah kami dapat dalam Shaklee ni? 

Amir jawab hampir 6 angka dalam 1 bulan. Dia macam terkejut, betul ke 6 angka dalam 1 bulan? 

Bukan 1 tahun? Ya, cuma kami tak suka share sebab income ni kira privacy. Kami selesa dengan kehidupan cara sederhana. Kalau check total pendapatan kami bersama dengan Shaklee. Memang nampak banyak tapi kami dah gunakan sebaik-baiknya. 

Ada orang suka berkongsi income mereka sebagai salah satu cara marketing mereka. 
Ada yang hanya sebut sebut 4, 5, 6 figures sahaja, bila ditanya. 
Terpulang atas masing-masing yer. 

Cuma apa yang Amir nak sampaikan ialah syarikat Shaklee telah membayar lebih 8 billion dollar (32 billion ringgit) sehingga tahun 2018. 

Pada tahun 2019, lebih 58 juta ringgit telah dibayar kepada semua agen Shaklee Malaysia dan sasaran Shaklee pada tahun 2020 ialah 131 juta ringgit akan dibayar hanya untuk agen di Malaysia sahaja. Kalau campur Shaklee Global, rasanya dah cecah total 9 billion dollars sejak syarikat ditubuhkan pada tahun 1956. 

Bila ditanya berbaloi ke tidak kami tinggalkan kerjaya dahulu? 

Jawapannya ialah berbaloi dengan hasil yang kami dapat yang baru 8 tahun dalam bisnes ini. Sudah pasti, bisnes ini akan jadi legasi kami hingga pencen nanti.

Mudah-mudahan anak syurga kami dapat menerusikannya. Bak kata pepatah "Melentur buluh, biarlah dari rebung"

Kriteria Memilih Nama Brand

$
0
0
Kriteria Memilih Nama Brand
Kriteria Memilih Nama Brand

Dalam dunia bisnes, tidak kisah online mahupun offline. "Brand Name" adalah sangat penting selain mudah dikenali oleh customer. 

Sebagai contoh, kalau sebut Maggi. Pasti kita boleh bayangkan mee segera. Tak kisah la apa jenis jenama mee pun, orang akan panggil Maggi walhal ia sebenarnya adalah nama produk. 

Kriteria Memilih Nama Brand
Jenama under Nestle di Malaysia

Pengeluarnya ialah Nestle, suatu nama yang gah juga. Antara produk lain mereka ialah Milo. Dari zaman kita kecil sampai la dah tua ni pun kenal Milo ni. Minuman coklat yang dirumus khas untuk semua peringkat. 

Ada banyak cara nak bina branding ni. 
Ada orang brandingkan nama companynya, 
Ada orang gunakan personal brand (diri sendiri) dan Ada brandkan produk mereka. 

Apa yang Amir nak kongsikan ialah kriteria pemilihan branding yang boleh kita buat untuk bisnes. 

Yang Amir tulis ni based on apa yang Amir faham dan apply. 

 Kalau ada kawan-kawan lain ada idea juga, boleh tulis diruangan komen yer.

Easy Parcel dah ada JnT

$
0
0
Easy Parcel dah ada JnT
Easy Parcel dah ada JnT

Baru perasan ada beberapa servis courier dalam easyparcel ni. Biasa amir guna poslaju jer. 

Dengan penambahan servis J&T yang bertambah baik (hari ahad pun buat delivery), sudah pasti ramai customer gembira shopping lagi dengan kami. 

Thank you easyparcel sebab memudahkan urusan pengeposan kami sejak 2 bulan ini. Harga jimat + dapat free gift lagi tu bila topup kredit. 

Siapa yang belum guna lagi servis ni, Amir recommend untuk guna bila bisnes anda tengah rancak!

Superb Blogger Seminar 1.0

$
0
0
Superb Blogger Seminar 1.0
Superb Blogger Seminar 1.0

Alhamdulillah, selesai part 1 untuk pagi ni. 

Berpeluh juga sebab tiba-tiba ada masalah teknikal, nasib baik ada downline yang membantu. Itu pentingnya teamwork, tak semua kita tahu dalam semua perkara. 

Ada part yang kita kena minta tolong juga pada yang lebih pakar. Barulah sama-sama boleh maju lebih jauh lagi. 

Tak gitu?

Kesudahan Yang Baik

$
0
0
Kesudahan Yang Baik



Kesusahan kita hari ini akan jadi kesenangan hari esok. Semua itu sementara. 

Yang paling penting ialah bersangka baik kepada Allah. Tahu ujian itu adalah untuk meningkatkan diri kepada hal yang lebih baik. Hadap dengan hemah, lalui dengan penat dan lelah, dan akhiri dengan syukur alhamdulillah. 

 Bahagia dan dalami ujian adalah sebaik-baik pelajaran.

Blog masih relevan pada tahun 2020

$
0
0
Blog masih relevan pada tahun 2020



Ada yang bertanya, masih relevan ke Blog pada zaman 2020 ni? 

Jawapan pendek Amir ialah Ya. Nak jawapan panjang? 

Blog ini merupakan satu platform berkongsi info dan branding bisnes kita. Pada hari ini, hampir 90% orang akan menggunakan platform Google untuk membuat carian sesuatu benda atau servis. 47% pembaca akan membaca at least 3-5 posting kita sebelum membuat belian. 

Dengan penggunaan SEO pula, ia memudahkan orang jumpa content yang bermanfaat pada mereka. 

Tahukah anda? 

1. Lebih kurang 75% orang klik website pada page pertama di Google search. 
2. Sites yang berada di page pertama mendapat 33% klik berbanding page kedua dan seterusnya. 
3. Top 3 sites pula mendapat 60% klik. 
4. Setiap hari ada 5.5 billion Google Searches atau lebih 63 ribu search quiries per saat disaat anda membaca posting Amir ini. Ini berdasarkan statistik dari Internet Live Stats. --- Tapi kan? 

Kenapa blog saya macam hambar jer? 
Tak macam blog orang lain. Part ni ada banyak faktor yang perlu consider. 

Cuma Amir nak kongsikan strategi Blog tahun 2020 ini ada 3; 

1. Guna content Video dapat menarik 300% traffic ke blog kita. (Marketing Sherpa). 
2. Guna BERT algorithm yang berkaitan dengan user intent. Kira tulis content yang ada daya tarikan/persamaan dengan user. Apa yang user nak, itu yang kita berikan. (Content Marketing Institute). 
3. Lebih kurang 87.5% marketer menggunakan visual yang menarik sebagai tarikan (Venngage). So, hari ni kami ajar team kami mengajar cara create blog dengan strategy yang betul. Ilmu mahal, tapi kami bagi FREE jer kat depa supaya boleh apply. 

Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada mereka semua. 
Amiinnn

Testimoni Ostematrix dan Zinc Shaklee: Pergelangan Tangan Patah Tak Perlu Operate

$
0
0

“Nurul! Nurul kena cerita ni kat kawan-kawan tau! 

Busu dah warded dah ready nak kena operate dah tangan ni. Sekali datang result x-ray doktor kata awak tak perlu operate! Awak boleh balik! Nanti kami bayar balik RM 3K yang awak dah bayar tu! 

Busu tanya betul ke ni doktor? Saya tak percaya. Haritu doktor kata confirm kena operate masuk besi! Sebab Busu dah umur 49 tahun mesti tak cantum semula dah tulang tu! Kalau budak kecik bolehlah baik sendiri dia kata! 

Busu tak puas hati, busu mintak jumpa pakar! Doktor kata, iya, betul awak tak perlu operate! Tulang awak dah cantum cantik elok dah! 

Betul ni saya tak perlu operate, doc? Iya doc kata, kalau operate lagi banyak risiko infection semua. Tangan awak dah baik dah ni! 

Ya Allah terima kasih sangat Nurul bagi ubat (vitamin Shaklee Ostematrix dan Zinc) tu kat Busu! Busu makan sebulan, anak Busu monitor Busu makan setiap hari tak miss. Di samping Busu banyak doa, sedekah juga niat nak cepat sembuh. Nurul bagitahu kawan-kawan ye! Bagus sangat ‘ubat’ tu!” 

Bergenang air mata Nad bila dapat call dari makcik Amir ni. Dahlah tengah makan 😂 Nad dengar je makcik kami ni cerita dengan penuh teruja! Beliau patah pergelangan tangan. Masa family members hantar video sedih sangat tengok mukanya. Kesakitan! Tangan kena simen. Balik rumah, stress tak boleh buat kerja. 

Makcik kami ni baik sangat orangnya. Syukur Alhamdulillah!! Tak perlu operate! Segalanya atas izin Allah. Jimat kos operate RM 3K. Ostematrix (kalsium, magnesium, vitamin D) dan Zinc tu kosnya around RM 100 saja. Terima kasih Allah!

 Beza Kalsium Shaklee dengan Kalsium lain, ia memang terbukti secara klinikal, diserap sepenuhnya dalam badan (dan berkesan). So impak dia optimum. Harga pun murah je. RM 61 untuk non-member. Kalau member RM 49 je. Bantu cantumkan balik tulang.

Zinc pula, bantu sembuhkan luka dalaman. Harga non-member RM 56, member RM 45 je.

Sangat-sangat berbaloi untuk try.

Jimat RM 3,000. Tak perlu kesakitan sebab operate. Tak perlu tambah risiko infection. Cuma tambah nutrisi yang diperlukan untuk badan heal sendiri saja.

Yang mana satu pilihan anda?


Nadiah Suhaidi,

Pengedar Shaklee - Penghantaran ke Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih

012-2295680 atau klik ikon Whatsapp di sebelah kiri blog.

Kisah Dr Shaklee

$
0
0
Kisah Dr Shaklee
Kisah Dr Shaklee

Tahukah anda apa persamaan Kolonel Sanders, Pengasas KFC dengan Dr. Shaklee?

Kedua-duanya melalui kehidupan yang sukar sebelum berjaya meninggalkan legasi mereka sehingga ke hari ini.

Nak tahu kisah perjalanan Dr. Shaklee? 

1894 – Dr Forrest C. Shaklee dilahirkan 
1898 – Diusia 4 tahun, baru dapat berdiri dan berjalan seperti budak lain. 
1915 – Berjaya mencipta Vitalized Minerals, pada usia 21 tahun. Berminat dalam chiropractic studies dibawah Dr.Daniel David Palmer (1987). 
1916 – Berkahwin dengan Ruth Chapin, seorang akauntan. 
1917 – Lahir anak pertama, Forrest Jr. 
1918 – Buka Health Center untuk bantu orang yang memerlukan. 

1921 – Disahkan menghidap Terminal Cancer kerana kesan radiasi dari mesin x-ray yang digunakan di Health Center. Doktor sarankan beliau untuk potong sebahagian lengan dan kaki bagi mengelak cancer merebak. Beliau jual klinik beliau dan mula fokus pada penjualan Vitalized Minerals. Dalam masa yang sama, beliau mencipta 9 kombinasi herba yang diberi nama Herb-Lax. Dec 1921 – Lahir anak kedua, Raleigh Lee. 
1922 – Disahkan bebas kanser selepas lebih1 tahun mengambil supplement. 
1924 – Menjadi Chief of Staff di sebuah klinikyang terbesardi Iowa. 
1929 – Klinik beliau terbakar. Ekonomi dunia juga “crashed” dan beliau hilang banyak duit. 

1931 – Beliau berpindah ke Oakland, California untuk setup klinik lain. 
1941 – Isteri beliau meninggal dilanggar pemandu mabuk. 
1943 – Dr Shaklee bersara dari klinik beliau dan membeli 420 ekar tanah di California untuk dijadikan tempat memburu. 
1945 – Beliau jual tanah tersebut dan mula fokus kepada penyelidikan. 

1955 – Datangnya idea untuk buat bisnes bagi memasarkan supplement Shaklee Bersama 2 orang anak lelaki beliau. Setiap seorang melaburkan 5 ribu dollar. April 
1956 – Business mereka diberi nama“Shaklee Products” dengan slogan “Products in Harmony with Nature and Good Health” 
1957 – Dr Shaklee berkahwin dengan Dorothy Potter, bekas secretary. Tahun ini juga Vita-lea dihasilkan dalam bentuk tablet. 

1960 – Basic H mula dipasarkan dalam pasaran Amerika. Produk PERTAMA yang bebasphosphate dan biodegradable. 
1961 – ESP tercipta berasaskanprotein soya. 
1964 – Shaklee mengadakan Convention yang dihadiri oleh 150 Sales Leaders di Jar Tar Hotel, San Francisco. 

1971 – Forrest C. Shaklee Research Center ditubuhkan di Hayward, California untuk membuat penyelidikan mengenai supplement. 
1972 – Nama company “Shaklee Products” di tukarkan kepada“Shaklee Corporation” 1973 – Shaklee menjadi public listed company di Bursa Saham. 
1975 – Shaklee Jepun ditubuhkan. 
1976 – Shaklee Canada ditubuhkan. 

1980 – Shaklee menjadi produk rasmi untuk pemakanan nutrisi team ski Amerika. 
1981 – Shaklee menghasilkan Vita-C 500 yang pertama mengunakan teknologi sustained-release.
1982 – Shaklee disenaraikan dalam Fortune 500 company terbesar di dunia. 
1986 – Dr Forrest C. Shaklee meninggal di usia 91 tahun. Meninggalkan legasi beliau. 

Hampir sama kan dengan kisah Kolenol Sanders?
Pada yang tak tahu, boleh klik posting Amir pasal KFC di bawah https://www.facebook.com/amir.marzhuki/posts/10157400370726348 

Moral of the story ialah Attitude (SIKAP). Ia tidak pernah terlambat untuk bermula sekali. Jangan putus asa walaupun sesukar mana pun cabaran yang dihadapi. Tak akan ada kejayaan tanpa usaha. 

Jadikan kisah ini sebagai teladan walaupun kita dah berusia, tetap perlu ada impian dan sikap yang betul. Feel free berkongsikan dengan kawan-kawan anda. 

Kisah hebat perlu dikongsikan sebagai sumber inspirasi kita 

Amir Marzhuki 
Baru 8 tahun dalam Bisnes Shaklee

7 Cara Banyakkan Susu Badan

$
0
0
7 Cara Banyakkan Susu Badan
7 Cara Banyakkan Susu Badan

1. Kerap Pam dan Simpan 

Lebih banyak anak menyusu, lebih banyak susu dihasilkan. Konsep ‘supply and demand’banyak dikongsikan. Namun anda perlu ingat, ia perlu dilaksanakan dengan strategi yang sesuai, bukan "main hentam" dengan hanya menyusu dan pam sepanjang hari tanpa henti. 

Cuba konsep ‘smart pumping’ di mana setelah anda menyusukan anak, rehatlah selama 10 minit sebelum menyambung pam susu untuk 10 minit. Ulang kaedah pam dan rehat ini dua kali. Pam yang pertama mungkin akan menghasilkan sedikit atau hampir tiada susu langsung. 

Namun, sekurangnya kelenjar susu dan otak akan tersimulasi dan terlatih untuk menghasilkan susu mencukupi dek kerana tubuh anda percaya anda perlu menyusukan bayi ‘kembar’.

7 Cara Banyakkan Susu Badan
Menu 3 Hidangan Berkhasiat


2. Banyakkan Susu Badan Dengan Makan 3 Hidangan Berkhasiat dalam Sehari 

Untuk menghasilkan susu badan memerlukan lebih kurang 300 kalori. Nilai kalori tersebut adalah bersamaan dengan 200 gram isi ayam, semangkuk salad ringkas, sayur kacang panjang dan secawan air masak. Itu baru kalori untuk menghasilkan. 

Bagaimana dengan isi kandungan susu badan pula? 
Susu badan perlu mengandungi kalori dan lemak tinggi untuk tahun pertama bayi. Mereka memerlukan lebih lemak baik untuk pembentukan sel otak dan untuk tumbesaran tubuh yang lancar. 

Cara mudah untuk melihat kandungan lemak dalam susu badan adalah dengan membiarkannya beberapa minit atau meletakkannya didalam peti sejukbeku. Lapisan lemak akan terpisah dan terapung di bahagian atas susu. Lebih banyak lemak terapung bermaksud lebih banyak nutrisi untuk bayi anda


3. Jauhi Makanan Perenjat Penghasilan Susu Badan 

Tips banyakkan susu badan yang selanjutnya ialah berkaitan makanan. Antara makanan perenjat susu adalah yang bersifat diuretic, iaitu yang menggalakan pembuangan air kecil. Kandungan utama susu badan adalah air, oleh itu kekurangan air dalam badan harus dielakkan. 

Sayuran lain yang terbukti merenjat penghasilan susu sekiranya diambil dengan banyak termasuklah kobis, parsley dan oregano. Malahan minuman koko yang terkenal juga dikatakan mampu merenjat penghasilan susu. 

 Kebergantungan kepada makanan dan minuman pemberi tenaga akan menyebabkan tubuh anda kekurangan nutrisi berbanding jika anda makan makanan berkhasiat. Makanan pemberi tenaga membekalkan kalori yang banyak tetapi tidak mampu membekalkan vitamin, nutrisi dan serat. 

Selain itu, makanan terlalu pedas dan berempah perlu dielakkan kerana dikhuatiri tidak bersesuaian dengan sistem penghadaman si comel. 

Makanan perangsang susu semulajadi yang terdiri daripada buah–buahan dan sayur-sayuran adalah termasuk kurma, kismis, delima, buah kembang semangkuk, biji chia dan pelbagai lagi. 


4. Banyakkan Susu Badan Dengan Urutan Rangsangan ‘Mermet’ 

Urutan ‘Mermet’ adalah seakan-akan cara pemeriksaan buah dada yang dilakukan dari luar puting dan bergerak hingga ke bahagian puting (areola). Kemudian gerakan tertumpu pada kawasan kelenjar susu berada, iaitu sekitar areola. 

Faedah yang boleh didapati adalah merangkumi melancarkan pengaliran susu, merangsang kelenjar dan akhir sekali ialah ia adalah kaedah memerah susu semulajadi. Ia kaedah yang sesuai sekiranya anda terlupa atau belum membeli set pengepam susu yang bersesuaian. 

Kaedah ini jauh lebih tepat dalam menyasarkan rangsangan kelenjar, lebih murah dan kurang sakit berbanding sesetengah jenis pengepam susu di pasaran. 

Namun ia agak meletihkan tangan dan menadah susu yang terhasil juga perlu melalui latihan sebelum segalanya menjadi lebih biasa dan mudah. Alah bisa, tegal biasa ya puan.


5. Elak Kelenjar Susu Badan Tersumbat dan Bengkak 

Sesetengah ibu diuji dengan ‘mastitis’ iaitu pembengkakan kelenjar yang diakibatkan oleh jangkitan kuman melalui luka di kawasan puting. 

Cuba pastikan kulit disekitar dada tidak terlalu kering dek pemakaian sabun badan berlebihan. Ketika mandi juga, bersihkan dengan lembut sebarang kerak susu yang mungkin berada di hujung areola. 

Pemakaian baju dalam menyusu pula, sudah boleh dipraktikkan sejak anda mengandung dan mengalami pembesaran saiz buah dada. Pakaian dalam menyusu yang baik kebiasaannya mempunyai tali sokongan yang lebih besar, material menyerap peluh, kain bersifat lembut, tidak licin dan mempunyai klip untuk memudahkan penyusuan. 

Sekiranya terasa payudara membengkak, bolehlah anda menggunakan air suam selama beberapa minit ketika mandi atau untuk menuam payudara. Kemudian perah atau terus susukan bayi sehingga payudara terasa kosong. Untuk merehatkan otot dan lemak di kawasan dada, boleh diikuti dengan menuam dengan air sejuk.


6. Dalam Mahu Banyakkan Susu Badan, Percayalah Rezeki Anak 

Tanam impian dan baja dengan usaha. Berdoa dan cuba dampingi bayi sekerap mungkin. Penghasilan hormon perangsang kasih sayang iaitu oxytoxin boleh menggalakkan pengaliran susu ke payudara dan menggalakan ‘bonding’ antara ibu dan anak. Hormon prolactin yang menggalakkan penghasilan susu pula, hanya boleh dilatih dan dirangsang melalui penyusuan dan pengepaman susu. 

Anda perlu percaya kepada ketetapan rezeki anak. Banyak atau sedikit semuanya sudah ditetapkan, namun usaha jangan dilupakan. Selain itu, hubungan dengan Tuhan dan orang lain perlu dibaiki sebaik boleh demi mengelakkan tekanan perasaan yang boleh merenjat penghasilan susu dan mengakibatkan masalah meroyan yang di takuti membawa kemudaratan. 

Berkongsi perasaan dan mengadu adalah lumrah bagi seorang wanita demi mengurangkan tekanan.


7. Usaha Berkekalan dan Jangan Culas Dalam Ikuti Cara Banyakkan Susu Badan 

Kebanyakan ibu yang meyusukan anak adalah ibu yang berkerjaya. Walaupun anda letih, cuba cari masa dan tenaga untuk mengepam ketika di tempat kerja. 

Di rumah pula,tugas ibu membersihkan, memasak dan melayan keluarga pula seperti tidak berkesudahan. Ingatlah anda berada dalam sebuah unit keluarga yang terdiri daripada lebih seorang individu. 

Minta sokongan pasangan dan ahli keluarga dimana ketika anda mengepam susu, mereka boleh membantu dari segi membuat kerja-kerja di rumah disamping melayan anak. Tanamkan di minda semua bahawa susu badan jauh lebih murah, berkhasiat dan baik untuk kekuatan imun tubuh bayi. 

Tubuh yang lemah boleh mengakibatkan bayi mudah dijangkiti penyakit dan memerlukan belanja yang lebih untuk merawatnya. Apabila mereka jatuh sakit, sudah pasti seluruh keluarga akan berasa sedih dan susah hati.

Akhir kata 

Sebenarnya, inilah detik manis bersama-sama anak. Semoga anda terus mengharungi detik manis dan istimewa menyusukan anak anda. 

Tabahlah mengharungi saban malam untuk bangun menyusukan dan mencuri masa di tempat kerja demi mengepam susu. Setelah mereka meningkat dewasa, sekurang-kurangnya detik-detik istimewa yang telah berlalu tersebut boleh menjadi kenangan yang indah buat anda. 

Semoga segala tips dan ilmu tentang cara banyakkan susu badan yang dikongsi ini bermanfaat untuk semua. Anda boleh kongsikan kepada kenalan dan ahli keluarga demi meningkatkan kesedaran bahawa betapa pentingnya susu ibu kepada kedua-dua ibu dan bayi, serta perkara menyusukan bayi itu bukan sesuatu yang mudah.

10 Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan

$
0
0
10 Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan
10 Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan

Sebelum ini, ada kami kongsikan 7 cara nak banyakkan susu badan. 

Tak baca lagi? Boleh klik link dibawah ini yer.

Baca : 7 Cara Nak Banyakkan Susu Badan

Hari ini, kami nak kongsikan pula 10 Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan. 

Dalam konsep penyusuan ini, syarat utama untuk mendapat susu badan yang banyak adalah fahamkan terlebih dahulu konsep Demand vs Supply

Apa itu Demand vs Supply.

Ia adalah satu konsep yang penting dalam proses penyusuan. Bermaksud keperluan susu ibu dari bayi dan pembekalan susu badan dari ibu. Berapa banyak bayi perlukan, banyak itulah yang ibu perlu bekalkan. 

Sebagai contoh, sekiranya bayi anda minum sebanyak 5ml pada setiap sesi penyusuan, kita hendaklah pastikan bekalan untuk bayi cukup 5ml. Dah follow konsep tadi tapi susu masih sikit. 

Masa inilah kita tahu apakah makananan yang sesuai dan boleh banyakkan susu badan.

1. Buah Kurma adalah salah satu sumber karbohidrat yang tinggi. Jadi, kurma ini dapat menggantikan tenaga yang hilang. 

Cara-cara: 

Ambil 5 biji kurma dan buang bijinya. Kisarkan kurma tadi dengan 240ml atau segelas susu segar. Boleh terus diminum sebelum dan selepas menyusukan bayi atau simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. 

Nad biasa gantikan susu segar dengan segelas bancuhan ESP.

2. Habatus Sauda

Cara-cara:

  1. Kunyah sesudu habatus sauda sehingga keluar minyak dan telan. Jika tidak mampu makan begitu sahaja, boleh amalkan cara kedua. 
  2.  Rebus beberapa sudu habatus sauda dengan air. Minum air rebusan. Amalkan 2-3 kali seminggu sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

3. Longan Kering 

Cara - Cara : Rebus longan kering bersama air dan sedikit gula batu. Minum segelas air rebusan longan setiap hari. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk rasa lebih enak. 

4. Lobak Putih 

Cara-cara: Campurkan lobak putih ke dalam masakan sayur. Juga sesuai dijadikan sup ketika berpantang. 

5. Oat atau Bijirin 

Cara-cara: 

Campurkan oat dengan minuman panas kegemaran seperti Milo atau Coklat. Boleh juga dijadikan bahan di dalam adunan biskut. Ini contoh biskut yang dibuat menggunakan oat. 

6. Pegaga 

Cara-cara: 

  1. Dimakan begitu sahaja dengan menjadikan ia sebagai ulam. 
  2. Kisar daun pegaga dengan secawan air untuk dijadikan air minuman. 

7. Bawang Putih 

Cara-cara: 

Campurkan bawang putih ke dalam masakan. Jika tidak sukakan bawang putih, boleh amalkan Garlic Complex dari Shaklee. 

8. Kekacang 


Cara-cara: 

Jadikan kacang sebagai snek. Anda boleh campurkan kacang badam bersama kisaran ESP dan Kurma. Memang lemak berkrim disukai. Anda harus mencuba resepi bancuhan ESP + Kurma + Badam. Pasti anda akan turut jatuh cinta. 

9. Air Masak/Kosong


Amalkan minum segelas air kosong sebelum dan selepas menyusu dan mengepam susu. Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter setiap hari.

10. Supplemen


Supplemen juga membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang proses penyusuan dan menghasilkan susu badan yang berkualiti tinggi dan berkhasiat. Nad mengamalkan suplemen dari Shaklee iaitu Set Penyusuan Optimum. 

Maklumat lanjut mengenai set menyusu Shaklee ada dalam link dibawah : 

Kami harap perkongsian kali ini dapat memberi sedikit idea tentang pemakanan yang bagus untuk banyakkan susu badan. Jika ada lagi makanan yang anda tahu, boleh kongsikan di ruangan komen yer.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Sebab Kenapa PKP Seluruh Malaysia Tidak Dilaksanakan Walaupun Kes Covid19 Tinggi

$
0
0

 

Sebab Kenapa PKP Seluruh Malaysia Tidak Dilaksanakan Walaupun Kes Covid19 Tinggi
Sebab Kenapa PKP Seluruh Malaysia Tidak Dilaksanakan Walaupun Kes Covid19 Tinggi

Hari ini Kes Covid dah cecah 871 kes. Semalam 869 kes. Antara paling tinggi sejak Covid19 melanda negara ni. Tertanya juga kenapa ia PKP seluruh Malaysia tidak dilaksanakan walaupun kes Covid19 tinggi.

Ini penjelasan yang dikongsikan oleh sahabat Amir, Ir Abdul Rahman dalam ruangan page beliau.

Sebab Kenapa PKP Seluruh Malaysia Tidak Dilaksanakan Walaupun Kes Covid19 Tinggi

1. EPF ada mengeluarkan report yang menjangkakan 2.4juta pekerja dijangka akan kehilangan pekerjaan kerana COVID19 ni.  Ikut latest report dari Jabatan Statistik Malaysia 13hb Oct hari tu pulak. Orang yang menganggur sudah mencecah 741 ribu orang! 

Boleh rujuk dari sumber di SINI

Paling menyedihkan, 71% golongan yang bekerja sendiri hanya ada saving nak survive untuk 1 bulan sahaja. Sebab itu lah gomen bagi bantuan RM305 billion under pakej PENJANA nak ramp up ekonomi kita.
Hasilnya, ekonomi kita baru nak recover ni.So, katakanlah PKP balik satu negara. Masak wei. Jahanam semua plan nak pulihkan ekonomi. And aku rasa makin ramai yg akan hilang income kalau lock down balik.
EPF jangka akan ada pertambahan 1.26juta lagi rakyat kita yang akan berada di bawah garis kemiskinan dalam beberapa bulan akan datang.

Kau boleh bayangkan lah macam mana critical nye ekonomi kita sekarang ni.
Gomen sekarang dalam dilema sekarang.
  • Nak PKP, nanti ramai hilang sumber pendapatan.
  • Bila dah hilang pendapatan. sudah pasti tiada makanan atas meja mereka.
  • Bila dah takde makanan, rakyat berdepan dengan tekanan.
  • Bila dah tertekan, apa benda nak buat. Semua tak dapat, silap hari bulan. Ada yang merompak dan mencuri. Habis sistem negara kita.
Demi memastikan rakyat at least dapat makan. Dalam masa yang sama gomen kempen supaya rakyat ikut SOP yang telah disarankan. Untuk apa? Untuk menjaga nyawa rakyat semua. So, nak tak nak kita lah yang kena jaga diri kita bro.

Dahsyatnya ujian kita semua ni kawan2. Harap2 kita dapat bertahan. Bertabah lah kita semua...

NASA guna produk Shaklee

$
0
0

NASA guna produk Shaklee
NASA guna produk Shaklee

Rata-ratanya mesti kenal NASA kan?

NASA ini adalah sebuah agensi yang menguruskan hal berkait angkasa lepas di negara Amerika pada zaman 40an lagi. Agensi ini ada berkolaborasi dengan syarikat Shaklee pad atahun 1993 dalam menghasilkan supplement khusus untuk Angkasawan di angkasa lepas.

Kita pun tak boleh bayang macam mana kehidupan disana. Jadi pakar-pakar saintis di Shaklee mempunyai pengiktirafan dunia mula membuat kajian dan formula khas untuk bawa suplemen ke Angkasa Lepas. Bahagian Reaserach & Development (R&D) ini memakan masa bertahun-tahun untuk mencipta formula yang sesuai untuk suasana di atas angkasa lepas.

Maka, Shaklee menghasilkan “AstroAde” (Lemon Lime Flavour). Minuman ni “advanced version” daripada Performance Drink yang ada jual di Malaysia ni.

Kenapa NASA request Shaklee hasilkan AstroAde ni?

Semasa angkasawan turun ke Bumi, kapal mereka akan menjunam ke bawah dengan kelajuan yang tinggi. Impak kepada tubuh badan mereka akibat perubahan tekanan dari angkasa lepas masuk ke Bumi menyebabkan badan mereka akan kekurangan air dan boleh pengsan. Jika pengsan, agak sukar untuk NASA mengawal kapal terbang tersebut dan kemungkinan besar akan berlaku bencana besar.

Jadi dengan adanya “AstroAde”, badan mereka mampu kekal stabil selepas mendarat. Istilah kita “Tak Mabuk” angkasa. Hehe

Bergambar dengan Angkasawan NASA Mark Kelly & Scott Kelly
Bergambar dengan Angkasawan NASA, Mark Kelly & Scott Kelly

Amir sendiri pernah berjumpa dengan Angkasawan NASA ini dan dengar sendiri penerangan mereka semasa Shaklee Conference di Orlando pada tahun 2016.

Jadi, Amir ucapkan tahniah pada pengguna Shaklee kerana anda ambil produk yang diiktiraf oleh NASA.

Rezeki Tidak Salah Alamat

$
0
0
Rezeki Tidak Salah Alamat

Adab berniaga ni, jangan fikir soal untung sahaja. Amir galakkan kita follow P&R yang ditetapkan oleh company dan dalam masa yang sama, perlu menjaga keharmonian sesama agen bisnes yang lain walaupun bukan dari "group" yang sama. 

Rezeki Tidak Salah Alamat
Conversation dengan prospek di FB

Sebagai contoh, ada prospek ni baru register beberapa hari lepas dengan orang lain. Kemudian beliau ternampak posting Amir pasal Vitalea for Children, berminat nak beli dengan Amir. Amir syorkan beliau bertanya dengan introducer beliau terlebih dahulu. Kalau tak membantu, boleh cuba contact direct dengan Shaklee. Kalau tak boleh juga, boleh contact Master Shaklee di atas upline orang tu. 

Begitulah kisahnya. Amir tak rugi pun jika beliau tak beli dengan Amir. Amir tunjukkan cara yang betul sebab beliau baru sangat dalam sistem Shaklee ni. Dan Allah dah gantikan hari ni dengan #customer baru bersama downline makan sendiri yang beli produk lebih RM500. 

Rezeki tak pernah salah alamat kan? Betul?

Apple Menyelamatkan Alam Sekitar dengan Tidak Menyediakan Iphone 12 Charger?

$
0
0
Apple Menyelamatkan Alam Sekitar dengan Tidak Menyediakan Iphone 12 Charger
Apple Menyelamatkan Alam Sekitar dengan Tidak Menyediakan Iphone 12 Charger

Iphone 12 dah keluar. Macam biasa, ramai yang mengkritik pasal produk Apple ni. Duk terfikir juga, betul ke company yang gah ni "sengaja"tak nak bagi charger atas sebab alam sekitar walaupun harga dia macam ... ? 

Berdasarkan kajian oleh Universiti Bari Aldo Moro, sampah yang dihasilkan dari membuat telefon adalah 200 kali berat telefon. Banyakkan? 

Ada company yang mengitar semula sampah (handphone lama) tetapi mereka prefer tak recycle sebab kosnya lebih murah. Buang kan lagi mudah dari nak recycle? 

Company Apple claim yang mereka cuba menjadi sebuah company yang menghasilkan produk mesra alam dengan: 

1. Mengecilkan size kotak iphone. Bila size kecil, mudah nak dihantar ke kedai atau export ke luar negara. Jimat ruang dan dapat mengurangkan pengeluaran karbon dari kenderaan pengangkutan seperti kapal terbang dan lori. 

2. Menggunakan bahan kitar semula pada sebahagian body iphone. Part ni Amir tak sure bahagian mana. 

3. Tidak memberi charger sekali dengan iphone. Kerana rata-rata pembeli iphone sudah mempunyai charger iphone dari previous model. Kira tak perlu nak ada charger baru. Salah satu langkah untuk mengurangkan kos dan alam sekitar. 

Cuma pendapat Amir ialah salah satu nak selamatkan alam sekitar dan duit poket ialah dengan tidak menukar handphone setiap tahun. Kalau iphone 8 anda masih elok lagi, apakata guna sahaja dulu sehingga betul-betul dah tak boleh pakai. Tak gitu? 


Masuk cara Baik, Keluar cara Baik

$
0
0
Masuk cara Baik, Keluar cara Baik

Ada orang komen, "Bagusnya mir, orang buat macam tu pun. Boleh tinggal dengan cara baik yer" 

Amir tersenyum jer baca sebab dulu pernah ada orang pesan waktu kecil dulu. 
"Jangan balas kejahatan jika ada orang aniaya kita". Kan Rasul dah pesan, doa orang teraniya ni mudah mustajab. Jadi, gunakan peluang ini untuk doa apa sahaja yang kita mahukan. Doa yang baik-baik, pasti Allah balas" 

Lagipun, company Amir tu tak salah pun. Orang yang tak suka kita tu jer yang bermasalah. Hehe. 

Teringat masa belajar dulu pun dah dapat sponsorship dari Petronas. Lepas tu dapat kerja pula dalam bidang Oil & Gas umpama mimpi buat orang lain. Kiranya, Amir masuk cara baik. Dan keluar pun cara baik juga. 

Kenapa Amir sebut benda ni? Sebab masa kerja dulu, ada jer sesetengah pekerja yang "hilang" atau tender 24 jam sehingga membuatkan majikan pening sebab semua file yang dia uruskan tak tahu simpan mana. 

Kesian pada rakan-rakan yang terpaksa mencari balik dan trace balik semua kes-kes yang diuruskan. Pendapat Amir, kalau nak keluar sekali pun. Keluar lah cara baik, tinggalkan pesanan dan file dengan elok jika boleh. Bila kita mudahkan kerja orang, insyaallah kerja kita selepas itu akan jadi mudah juga. 

Betul kan?
Viewing all 908 articles
Browse latest View live